Roast Your Balls - SEENI Podcast [BM]

Di sinilah tempat kami bersembang santai berkaitan dengan bola sepak tempatan dan EPL/Luar Negara! Ikuti Zuhdee/Abg Long dan Arif dan lain-lain memberi pendapat dan mengupas topik serta perlawan yang menarik minat mereka setiap minggu. Glory glory Man United, You Never Walk Alone, One Nil to the Arsenal, Chelsea Chelsea! dan macam-macam lagi! Roast Your Balls Podcast merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Tuesday Jan 16, 2024

Malaysia 0-4 Jordan, AFC Asian Cup 2023 Qatar
Dalam episod terbaru "Roast Your Balls", kami membincangkan kekalahan teruk Malaysia dengan skor 0-4 kepada Jordan dalam peringkat kumpulan Piala Asia AFC 2023. Ini merupakan penampilan pertama Malaysia di kejohanan ini sejak menjadi tuan rumah bersama pada tahun 2007 dan kelayakan terakhir atas merit pada tahun 1980. Apa yang perlu diperbaiki oleh skuad Harimau Malaya untuk masa depan? Episod ini menyajikan pandangan yang jujur dan terbuka, dengan sedikit humor, tentang keadaan bola sepak Malaysia saat ini. 
Roast Your Balls kini berada dalam apps seeNI! Search seeNI di Apple Appstore dan Google Playstore untuk kpo

Friday Jan 12, 2024

Arsenal apa dah jadi?? Dari tangga satu jatuh ke empat, main macam dah pancit. Liverpool pula mara kehadapan. Bahagia host jemputan minggu ni, Pjoe dan Zuhdee. Arif pulak kiciwa je dalam hatinya.
Nak dengar kupasan lebih mendalam? Dengarkan episod Roast Your Balls kali ini! Dan kini, kami di apps seeNI! Search seeNI di Apple Appstore dan Google Playstore. Segalanya di seeNI!

Wednesday Dec 20, 2023

What a great gameweek, Roast Your Balls kembali selepas bercuti seminggu. Arif dan Abg Long Zuhdee mengupas GW17 setelah sekian lama tak berduo.
Arsenal kembali di tangga teratas dengan kemenangan selesa, Liverpool seri dengan Man United dan City bolos 2 dalam 20 minit terakhir kerana terlalu selesa berdepan dengan Crystal Palace. 
Jeng jeng, a new contender pun masuk. Aston Villa kukuhkan posisi di tangga ke tiga dengan kemenangan ketiga berturut. Semua ini dan lagi di Roast Your Balls.
Roast Your Balls merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!
 

Wednesday Dec 06, 2023

Arsenal di atas lagi woo. Terima kasih Spurs sebab seri dengan City. Kukuh lagi posisi kami di atas untuk minggu kedua berturut-turut. Chelsea elak kekalahan, dan Man Utd pun tewas dengan Newcastle?
Minggu ini anda bersama Arif, dalam episod solo pertama Roast Your Balls kali ini.
Roast Your Balls merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!

Friday Dec 01, 2023

Game Week 13 membawa pelbagai keputusan perlawan menarik. Man City dan Liverpool membuka GW13 dengan seri 1-1, lalu membuka ruang untuk Arsenal naik ke tangga teratas buat kali pertama pada musim 23/24 ini! Arif dan co-hostnya Zikri mengupas babak-babak menarik dalam minggu ini di Roast Your Balls!
Roast Your Balls merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI! 

Friday Nov 17, 2023

Chelsea, nama yang tak disangka-sangka, berkongsi 1 mata bersama juara bertahan Manchester City. 4-4, kali pertama dalam 882 perlawanan buat Pep Guardiola. Adakah nasib mereka akan berubah? Adakah Chelsea kembali ke pangkuan jalan kemenangan semula?
 
Roast your Balls merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Thursday Nov 09, 2023

Apa khabar semua peminat bola sepak? Jom kita sembang bola santai di minggu ke-11 EPL. Kali ni, kita nak cerita pasal macam mana Arsenal dengan Spurs, yang sebelum ni macam Superman tak tewas, akhirnya tumpas. VAR controversy, AngeBall FAIL dan macam-macam lagi!
 
Roast Your Balls merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Thursday Nov 02, 2023

Di episod kali ini, kita akan sembang pasal rollercoaster perasaan peminat Chelsea. Baru je lepas dapat pujian melambung, tiba-tiba Chelsea tergelincir tak berdaya kalah 0-2 dengan Brentford. Kita kupas, apa yang tak kena dengan 'Si Biru'? Dan tak lupa, kita bincang gempita di sebelah sana, Manchester City yang tunjuk taring belasah Red Devils. Tapi, hang on, penalti yang diberikan tu, ramai yang kata macam tak berapa nak solid. Adakah City memang hebat, atau ada 'bantuan' ringan? Sertai kami dalam gelak tawa dan analisis mendalam episod ini yang pasti buat korang terpinga-pinga!
 
Roast Your Balls merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Friday Oct 27, 2023

Kembali lagi bersama Roast Your Balls Podcast, tempat paling hangat untuk para peminat bola sepak tempatan lepak, berbual, dan berdebat pasal game yang kita semua sayang. Episod kali ni, kita nak kupas habis prestasi gempak Harimau Malaya bila lawan India dan Tajikistan dalam Pesta Bola Merdeka yang baru je lepas, plus kita sembang pasal perkembangan terkini Liga Bola Sepak Inggeris yang memang tak pernah boring!
Jangan terkejut, Arsenal seri dengan Chelsea selepas kena belasah selama 77 minit, dan si Mudryk ni pulak, dia jaringkan satu gol yang memang ajaib, letakkan Chelsea 2-0. Bukanlah seorang scammer!
Ingat, Roast Your Balls ni sebahagian daripada keluarga besar SeeNI Podcast. Kalau nak cari content yang lagi power, jangan lupa check out SeeNI. Segalanya di SeeNI!
 
 

Thursday Oct 12, 2023

Kovacic sepatutnya dah kena straight red atau second yellow, tapi Michael Oliver buat dek je. Adakah sebab dia dibayar oleh UAE? Ada konspirasi ke? Dun dun dun...!!!! Ikuti hos anda Arif, dan dua tetamu jemputan minggu ini. Peminat Manchester United dan Chelsea yang baru keluar gua... Ali dan Zikri! Tunggu apa lagi? Tekanlah play!
 
Roast your Balls merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Copyright 2023 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125