Roast Your Balls - SEENI Podcast [BM]

Di sinilah tempat kami bersembang santai berkaitan dengan bola sepak tempatan dan EPL/Luar Negara! Ikuti Zuhdee/Abg Long dan Arif dan lain-lain memberi pendapat dan mengupas topik serta perlawan yang menarik minat mereka setiap minggu. Glory glory Man United, You Never Walk Alone, One Nil to the Arsenal, Chelsea Chelsea! dan macam-macam lagi! Roast Your Balls Podcast merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday Oct 05, 2023

Liverpool kena rompak dengan VAR! Macam mana boleh kata offside macam tu? Bukan ke VAR ni sepatutnya kurangkan kesilapan? Nampak gaya macam makin banyak silap je. Dengarkan pandangan hos anda Arif, Zuhdee dan tetamu minggu ini abang Maskulin kita... Pjoe!
 
Roast Your Balls merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast! Segalanya di SeeNI!

Wednesday Sep 27, 2023

Mula-mula CR7. Lepas tu Benzema. Sekarang Neymar, Mane, Mahrez. Berduyun-duyun pemain ternama berpindah ke Arab Saudi untuk bermain dalam Saudi Pro League. Gaji pun lumayan. Tapi adakah Arab Saudi menggunakan bola sepak sebagai cara meningkatkan nama negara di mata dunia, walaupun dengan rekod hak asasi manusia yang dibelengu kontroversi? Ataupun semuanya dilakukan untuk rakyat mereka sendiri? Ikuti kupasan topik kali ini dalam Roast Your Balls bersama host anda Arif dan Beetot bersama "Netizen Bertauliah" Dayah!
 
Roast Your Balls merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Wednesday Sep 20, 2023

Kembali semula selepas International Break. Kita berehat minggu lepas, tapi minggu ni kita dapat lihat banyak permainan yang best, Liverpool come back vs Wolverhampton, Man City masih kekal di atas, Spurs dengan cara permainan Angeball, Arsenal pecahkan sumpahan Goodison Park. 
 
Tapi satu perlawanan menarik perhatian kami di Roast Your Balls. Man United kalah 1-3 dengan Brighton, dan dalam episod kali ni kita cuba bincangkan di manakah silap Man United. Di manakah Glory of Man United pergi? Ikuti hos anda Arif, bersama tetamu jemputan minggu ini, peminat bola OG iaitu Beetot dan Pjoe.
 
Roast Your Balls Podcast merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Thursday Sep 07, 2023

Episod kali ni biased sikit, sebab kami berdua anti-Man United. Tapi salah satu perlawanan besar separuh pertama musim Liga Perdana, kita dapat lihat satu perlawanan sengit di antara kelab yang punya sejarah bersama. 8-2 lah, berakhir Invincibles lah, Fergie vs Wenger lah, perlawanan minggu lepas pun penuh aksi. Jom ikuti kupasan dari saya Arif bersama Zuhdee/Abg Long dalam satu lagi episod Roast Your Balls Podcast!
 
Roast Your Balls Podcast merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Wednesday Sep 06, 2023

Chelsea ke Chel-sh*t? Bayar mahal tapi kalah lagi! Arif bahagia sebab dia dapat tengok rival Arsenal jatuh dan terus jatuh. Tapi kenapa JDT boleh beli banyak-banyak dan berjaya? Apa Chelsea patut buat untuk naik semula?
Ikuti kupasan bersama Arif dan Zuhdee dalam episod Roast Your Balls kali ini.
 
Roast your Balls Podcast merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Wednesday Aug 30, 2023

Adeh... berakhir sudah "dream run" JDT untuk dapatkan rekod 100% menang dalam Liga, semua gara-gara pasukan Kedah yang gagah berjuang dan menunjukkan mentaliti juara. Dan tak langsung, di Liga Inggeris juga banyak pasukan yang buat comeback, menjadi contoh "Mentality Monsters". Ikuti perbincangan bersama Zuhdee/Abg Long, Hidayah dan Arif tentang pentingnya mentaliti yang kuat dalam sukan dan kehidupan seharian dalam Roast Your Balls Podcast episod ke-2!!
 
Roast Your Balls Podcast merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Wednesday Aug 23, 2023

EPL Baru Matchday 2 tapi mutu pengadilan Liga Perdana Inggeris mulai dipertikai. Teringat pulak minggu lepas pemain Perak jaringkan gol yang jelasnya offside. Macam mana nak naikkan Liga M kalau pengadil pun tak capai tahap sepatutnya? Ikuti perbincangan tentang mutu pengadilan bola sepak tempatan bersama Zuhdee/Abg Long, Hidayah dan Beetot dalam Roast Your Balls Podcast!
 
Roast Your Balls merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Copyright 2023 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125